Tuesday, 2 February 2016

Program Serasi 2015-2016

Program Serasi 

2015-2016 

SJK (C) Nyuk Hwa Semporna

Pada bulan Januari 2016, SJKC Nyuk Hwa, Semporna telah mengalami perubahan yang besar dari segi landskap persekitaran. Sepanjang bulan ini, pihak sekolah bersama-sama dengan guru-guru dan murid-murid SJKC Nyuk Hwa telah berganding-bahu untuk menjadikan kawasan SJKC Nyuk Hwa sebagai sekolah yang selesa dan ceria dari aspek landskap persekitaran. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah penanaman tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan di kawasan sekolah, gotong-royong, melukis mural, kitar semula dan penaiktarafan kemudahan sekolah. Gambar di bawah telah menunjukkan perubahan yang besar dari segi landskap persekitaran SJKC Nyuk Hwa. 
 Papan tanda sekolah pada arah jalan laluan ke sekolah yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan
 Penanaman pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan di kawasan Taman SJKC Nyuk Hwa
 Kawasan kantin yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan
 Dewan Tiong Hua Semporna yang baru siap dibina
 Pondok sekolah yang baru siap dibina
Pintu gebang sekolah yang baru dalam proses pembinaan
Aktiviti gotong-royong
Melukis Mural pada diding bangunan sekolah
Pelajar mereka cipta dengan bahan buangan
Kitar semula dengan bahan buangan

No comments:

Post a Comment