Program Serasi
2015-2016
SJK (C) Nyuk Hwa Semporna
Pada bulan Januari 2016, SJKC Nyuk Hwa, Semporna telah
mengalami perubahan yang besar dari segi landskap persekitaran. Sepanjang bulan
ini, pihak sekolah bersama-sama dengan guru-guru dan murid-murid SJKC Nyuk Hwa
telah berganding-bahu untuk menjadikan kawasan SJKC Nyuk Hwa sebagai sekolah
yang selesa dan ceria dari aspek landskap persekitaran. Antara aktiviti yang
telah dijalankan ialah penanaman tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan di kawasan
sekolah, gotong-royong, melukis mural, kitar semula dan penaiktarafan kemudahan sekolah. Gambar di bawah
telah menunjukkan perubahan yang besar dari segi landskap persekitaran SJKC
Nyuk Hwa.
Papan tanda sekolah pada arah jalan laluan ke sekolah
yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan
Penanaman pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan di kawasan
Taman SJKC Nyuk Hwa
Kawasan kantin yang dihiasi
dengan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan
Dewan Tiong Hua Semporna
yang baru siap dibina
Pondok sekolah yang baru siap dibina
Pintu gebang sekolah yang
baru dalam proses pembinaan
Aktiviti gotong-royong
Melukis Mural pada diding bangunan sekolah
Pelajar mereka cipta dengan bahan buangan
Kitar semula dengan bahan buangan